Fikry Ibrahim Dipersoal Tidak Lagi Follow Isteri Dekat Instagram

Entertainment
29 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dunia hiburan sekali lagi hangat apabila nama Fikry Ibrahim menjadi bualan ramai. Kali ini, perhatian tertumpu kepada hubungan rumah tangganya bersama isteri, Siti Khalizah Alihan.

Mengikut perkembangan Instagram mereka, pasangan itu didapati tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing. Situasi itu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Aktiviti media sosial jadi perhatian

Image from: Fikry Ibrahim Dipersoal Tidak Lagi Follow Isteri Dekat Instagram
Kredit Foto: Fikry Ibrahim

Walaupun begitu, Fikry masih mengekalkan beberapa momen bersama isterinya di Instagram miliknya. Berbeza dengan Khalizah yang tidak lagi memaparkan gambar mereka berdua.

Kali terakhir Fikry berkongsi gambar bersama Khalizah adalah pada 12 Februari tahun lalu. Sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Ya Allah, jangan biarkan hati ini terlalu mencinta dunia hingga lupa kepada-Mu. Jadikan setiap hari peluang untuk menjadi hamba yang lebih baik daripada semalam.- Tulisnya.

Fikry Ibrahim pernah nafikan dakwaan

Image from: Fikry Ibrahim Dipersoal Tidak Lagi Follow Isteri Dekat Instagram
Kredit Foto: Fikry Ibrahim

Pada April lalu, Fikry pernah menafikan dakwaan rumah tangganya bergolak. Malah, dia turut menegaskan komunikasi antara mereka berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Khalizah pernah memfailkan penceraian terhadap Fikry pada Mei tahun lalu. Namun, permohonan itu ditarik semula pada Jun menerusi peguamnya, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

The post Fikry Ibrahim Dipersoal Tidak Lagi Follow Isteri Dekat Instagram appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved