Final LWN: Selangor selesa dilabel underdog

31 Oct 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Final LWN: Selangor selesa dilabel underdog

STATUS sebagai pasukan bukan pilihan langsung tidak menggugat keyakinan Selangor FC apabila mereka bersedia mencabar Sabah FA dalam aksi final Liga Wanita Nasional (LWN) 2026 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Penolong ketua jurulatih Selangor, Felicia Adele Ng melihat label underdog itu sebagai motivasi tambahan buat anak buahnya untuk mencipta kejutan, meskipun mengakui Sabah memiliki kelebihan berdasarkan pencapaian semasa.

Felicia turut menyatakan rasa hormat terhadap kekuatan Sabah yang layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL), namun menegaskan Selangor tetap hadir dengan misi untuk memberikan tentangan terbaik.

“Kami hormat Sabah kerana mereka layak ke AWCL. Kami pula adalah pasukan underdog dan kami selesa dengan status itu.

“Fokus kami pada aksi final adalah untuk memperbaiki kelemahan serta memastikan pemain benar-benar bersedia untuk perlawanan ini,” katanya pada sidang media menjelang final LWN 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

Selangor juga mahu menjadikan pentas final kali ini sebagai peluang untuk memperbaiki pencapaian terdahulu selepas menamatkan saingan di tempat ketiga pada 2023 sebelum muncul naib juara.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, Bobby Gonzales tidak memandang mudah cabaran Selangor yang disifatkannya sebagai pasukan berbahaya, terutama berdasarkan keupayaan mereka menghasilkan jaringan besar sepanjang saingan musim ini.

“Setiap pasukan mahu menjadi juara. Kami sudah cuba merancang sebaik mungkin dan akan memberikan yang terbaik untuk perlawanan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Final LWN: Selangor selesa dilabel underdog appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved