Piala FA: Selangor mahu realisasi impian ke final

FootballSports
23 Oct 2026 • 11:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: Selangor mahu realisasi impian ke final

SELANGOR FC tidak boleh hanya bersandarkan kepada semangat dan segala kerja keras harus diterjemahkan dalam perlawanan sebenar bagi merealisasikan impian ke final Piala FA, musim ini.

Pengendali Gergasi Merah, Kim Pan-gon juga tampil memberi ingatan buat anak buahnya kerana sedar persembahan mereka belum mencapai standard yang diharapkan menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuching City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

“Kami cukup menghormati Kuching City di mana mereka adalah wakil Malaysia ke Liga Juara-Juara 2 (ACL 2). Kita boleh lihat mereka membawa masuk ramai pemain berkualiti dan kini menjadi pasukan yang kuat.

“Saya fikir ini (layak ke final) yang kami mahukan, kami ada semangat, namun harus diterjemahkan menerusi tindakan. Kami perlu menyerlahkan kualiti terbaik untuk peminat, elak melakukan perkara (kesilapan) sama, perlu bersiap dengan baik untuk harungi cabaran akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, Selangor pastinya tidak rela dihimpit badi kekalahan menentang wakil Borneo selepas tewas kepada Sabah pada peringkat separuh akhir, musim lalu.

Walaupun masih mengekalkan kemenangan bersih dalam saingan Liga Super, jurulatih dari Korea Selatan itu turut mengingatkan pemain supaya mengelak daripada sikap terlalu yakin dan menjadikan kekalahan kepada Star City pada aksi kedua suku akhir, 11 Oktober lalu sebagai pedoman.

“Kami perlu sedar dan bangkit untuk membuat persiapan yang lebih baik bagi peringkat seterusnya. Kami tidak boleh mengulangi perkara sama,” katanya.

The post Piala FA: Selangor mahu realisasi impian ke final appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved