Final Piala Malaysia: Rapid KL lanjut operasi LRT Bukit Jalil

21 May 2026 • 10:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Final Piala Malaysia: Rapid KL lanjut operasi LRT Bukit Jalil
Masa operasi di stesen Bukit Jalil dilanjutkan pada 23 Mei sehingga jam 12.30 pagi.

WAKTU operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam Ahad ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam, Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, operasi tren bagi Laluan Ampang-Sri Petaling dan Laluan Putrajaya turut dilanjutkan bagi menampung peningkatan pergerakan penumpang selepas tamat perlawanan.

Menurut kenyataan itu, hanya Stesen Sungai Besi akan dibuka bagi tujuan pertukaran laluan antara Laluan Ampang-Sri Petaling dan Laluan Putrajaya.

“Stesen lain di kedua-dua laluan berkenaan akan ditutup seperti biasa. Bagaimanapun, penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen di laluan tersebut untuk meneruskan perjalanan pulang,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail turut menasihati orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan supaya merancang perjalanan lebih awal serta digalakkan menggunakan kemudahan Park N’ Ride yang disediakan di stesen sepanjang Laluan Ampang-Sri Petaling dan Laluan Putrajaya.

Penumpang juga disaran menggunakan kad Touch ‘n Go atau kaedah pembayaran tanpa tunai, manakala pengguna token digalakkan membuat pembelian awal bagi perjalanan pergi dan balik untuk melancarkan urusan perjalanan.

Menurut Rapid Rail, kakitangan tambahan akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi membantu penumpang sepanjang tempoh lanjutan operasi berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai jadual perkhidmatan Rapid KL serta kemudahan Park N’ Ride boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.myrapid.com.my. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved