Perplexity Tidak Ingin Meneruskan Integrasi Iklan – Lebih Memfokuskan Pendapatan Melalui Langganan

TechnologyStartup
18 Feb 2026 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perplexity sebelum ini telah cuba untuk melakukan integrasi iklan pada perkhidmatan kecerdasan buatan janaan mereka. Namun, ia seperti tidak berhasil, dan kini Perplexity dilihat seolah telah membatalkan perancangan berkenaan. Sebaliknya, Perplexity akan memfokuskan kepada penawaran langganan seperti biasa, selain dengan ciri-ciri khusus untuk perusahaan melalui platform mereka.

Sebelum ini, pada 2024 yang lepas, Perplexity telah mengumumkan hasrat memulakan integrasi iklan. Namun, ia dilihat tidak mencapai apa yang diinginkan. Perplexity turut mengatakan pengguna tidak begitu mempercayai jawapan janaan AI apabila ada iklan.

Perkongsian ini hadir ketika OpenAI dilihat ingin memfokuskan integrasi iklan pada perkhidmatan mereka bagi pengguna pelan percuma dan pelan berharga rendah. Buat masa ini, hanya OpenAI dilihat ingin memfokuskan integrasi iklan pada perkhidmatan, sementara yang lain termasuk Google masih tidak melakukannya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved