Fitnah majikan, pekerja mohon maaf

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2026 • 9:07 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Fitnah majikan, pekerja mohon maaf

KOTA BHARU: Seorang lelaki memohon maaf secara terbuka selepas memuatkan naik satu hantaran berbaur fitnah di laman sosial Threads ke atas majikannya, Nasken Coffee berhubung isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lelaki tersebut mengakui status yang dimuat naik menerusi hantaran pada Sabtu lalu itu tidak benar sama sekali dan menjelaskan ia berpunca daripada kesilapannya melihat penyata akaun KWSP.

“Saya memohon maaf kepada pihak syarikat dan seluruh kakitangan Nasken Coffee diatas kesilapan tersebut.

“Saya berjanji tidak akan mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan yang tidak benar terhadap syarikat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Lelaki memberitahu, kekeliruan itu timbul selepas beliau menyangka caruman KWSP tidak dibayar selama sembilan bulan berdasarkan rekod yang dilihatnya.

Katanya, pembayaran caruman KWSP oleh majikannya berjalan lancar mengikut jadual.

Sementara itu, peguam Nasken Coffee Datuk Adnan Seman @ Abdullah berkata, pihaknya menerima permohonan maaf terbuka yang dibuat oleh pekerjaan berkenaan dan tidak akan mengambil tindakan.

Katanya, semakan rekod syarikat mendapati lelaki berkenaan telah bekerja hampir tiga tahun dengan gaji dibayar sepenuhnya tanpa kelewatan atau tunggakan.

“Caruman KWSP yang didakwa tidak dibayar selama empat bulan sebenarnya telah dibuat setiap bulan,” ujarnya.

Adnan berkata, pihaknya juga telah memfailkan saman terhadap seorang pengguna Threads, Nur Sara Dina Binti Yen, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Jun 2026 yang membuat hantaran berbaur fitnah.

“Nasken Coffee turut mengeluarkan saman terhadap seorang pemilik akaun Threads bernama Zura yang didakwa menerbitkan kenyataan bahawa adiknya tidak menerima caruman KWSP selama kira-kira dua atau tiga tahun.

“Rekod syarikat bagaimanapun menunjukkan tiada tunggakan caruman KWSP terhadap individu berkenaan,” tegasnya.

Terdahulu hantaran yang dimuat naik lelaki berkenaan mengundang pelbagai maklumat balas yang boleh mencemarkan imej syarikat berkenaan.-UTUSAN

The post Fitnah majikan, pekerja mohon maaf appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved