Fizikal dihina? Najwa Latif tetap hormat pendapat netizen! Tegaskan anak bukan beban tapi anugerah indah

LocalEntertainment
20 Sep 2026 • 5:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Najwa Latif tidak mengharapkan mana-mana pihak untuk mempertahankan dirinya ketika berdepan kecaman, sebaliknya terbuka menerima setiap pandangan yang dilemparkan terhadapnya.

Najwa, 31, atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia sentiasa menghormati hak setiap individu untuk mempunyai pendapat masing-masing.

“Untuk seorang yang berdepan kebencian sejak 16 tahun, saya tidak pernah mengharap sesiapa untuk pertahankan saya.
“Saya sentiasa percaya setiap orang berhak mempunyai pendapat masing-masing. Saya mungkin tidak menerima, tetapi saya tetap menghormatinya walaupun saya sendiri tidak dihormati,” ujarnya.
Image from: Fizikal dihina? Najwa Latif tetap hormat pendapat netizen! Tegaskan anak bukan beban tapi anugerah indah

Kredit: IG Najwa Latif

Perkongsian itu dibuat Najwa susulan kecaman segelintir pihak yang mempersendakan perubahan bentuk fizikalnya ketika tampil membuat persembahan dalam sebuah acara.

Image from: Fizikal dihina? Najwa Latif tetap hormat pendapat netizen! Tegaskan anak bukan beban tapi anugerah indah

Kredit: Threads umi.humaiiraaaa

Penyanyi itu pada masa sama menepis tanggapan bahawa perubahan bentuk badannya berlaku selepas bergelar ibu kepada seorang cahaya mata.

“Saya baca semuanya. Ketahuilah, anak perempuan saya tidak pernah menjadi beban. Dia adalah anugerah yang sangat indah dalam hidup saya,” luahnya.
Image from: Fizikal dihina? Najwa Latif tetap hormat pendapat netizen! Tegaskan anak bukan beban tapi anugerah indah

Kredit Foto: Najwa Latif

Menerusi perkongsian sama, Najwa turut menzahirkan penghargaan atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepadanya.

“Saya jarang berkongsi apa yang saya rasa di media sosial, tetapi saya benar-benar tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan yang diberikan.
“Saya tidak tahu apa yang saya lakukan sehingga layak menerima semua ini, tetapi saya berharap segala kebaikan akan kembali kepada anda,” ujarnya.

Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada 11 November 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: IG Najwa Latif

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved