'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley

16 Aug 2024 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beasley (kanan) berharap Azizulhasni diberi masa untuk menentukan hala tuju kariernya. Foto: Majlis Sukan Negara

image is not available
Beasley berharap Azizulhasni diberi masa untuk menentukan hala tuju kariernya. Foto: Majlis Sukan Negara

KETUA jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley mengakui Datuk Mohd Azizulhasni Awang bukan pelumba biasa-biasa dan masih berupaya untuk memecut pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.

Beasley bagaimanapun berharap semua pihak menghormati apa sahaja keputusan Azizulhasni yang berada dalam persimpangan mengenai hasrat persaraannya.

**media[2767471]**

“Secara fizikal dan mentaliti Azizulhasni masih mampu untuk ke LA28.

“Saya menyokongnya. Saya hanya mahu melihat beliau terus mencintai sukan ini dan selepas itu membantu membangunkan sukan di Malaysia,” katanya.

Jurulatih dari Australia itu turut mendedahkan mengenai impian anak didiknya itu untuk menikmati perlumbaan keirin di Jepun.

“Harus diingat beliau sudah memikul tanggungjawab negara selama 19 tahun. Semua orang harus memikirkan mengenai aspek ini dan biarkan beliau menikmati perlumbaan (lain) buat seketika.

“Beliau tidak pernah dapat menikmati perlumbaan sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana sering berada di bawah tekanan begitu tinggi.

“Beliau tidak pernah berpeluang ke (siri) perlumbaan keirin di Jepun dan itu adalah (antara) hasratnya,” ujar Beasley.

Impian emas Azizulhasni pada Sukan Olimpik 2024 di Paris baru-baru ini tidak kesampaian.

Ia setelah penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dalam acara keirin dibatalkan selepas beliau didapati memintas pacer ketika menuju garisan permulaan.

Azizulhasni sebelum ini memberi bayangan Olimpik Paris sebagai yang terakhir dan kemudian sedia mempertimbangkan semula setelah berbincang bersama keluarga serta ibunya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved