Fokus pencegahan! Tolak hukuman mati pemandu mabuk sebabkan kematian- Kasthuri Patto

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 6:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto, menegaskan bahawa langkah pencegahan harus menjadi fokus utama dalam menangani pemanduan di bawah pengaruh alkohol, berbanding hanya mengenakan hukuman berat selepas kemalangan berlaku.

Tegasnya, pemanduan mabuk bukan isu kaum atau agama, tetapi berkaitan dengan tanggungjawab kolektif, penguatkuasaan undang-undang, dan langkah pencegahan berkesan.

“Seorang lelaki yang tidak bersalah, seorang bapa dan suami, terkorban akibat pemandu yang mabuk alkohol dan terpengaruh dadah. Dia mesti menanggung akibat perbuatannya,” kata Kasthuri.

image is not available

Dalam pada itu, beliau menolak cadangan hukuman mati bagi pemandu mabuk yang menyebabkan kematian, menjelaskan bahawa pendekatan tersebut tidak akan menghentikan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu.

Sebaliknya, pendekatan pencegahan dan penguatkuasaan berterusan lebih berkesan.

Antara langkah yang dicadangkan termasuk penggunaan alcolock bagi pesalah berulang, di mana pemandu perlu menjalani ujian nafas bersih sebelum menghidupkan kenderaan.

Beberapa negara maju seperti Sweden, Belgium, Finland, Perancis, Denmark, Itali, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, dan New Zealand telah membuktikan keberkesanan langkah ini.

image is not available

Artikel lain: Kerajaan pandang serius! Takkan kompromi terhadap pemandu mabuk- Anthony Loke

Kasthuri juga menyeru komuniti, pihak berkuasa, rakan, dan syarikat pengeluar minuman keras untuk memainkan peranan dalam mendidik masyarakat, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, dan menyokong polisi kerajaan bagi membendung pemanduan mabuk.

image is not available

Beliau menekankan bahawa Malaysia memerlukan pelan lima hingga sepuluh tahun untuk menangani isu ini, melibatkan kerjasama kerajaan, pihak berkepentingan, dan masyarakat bagi memastikan keselamatan jalan raya.

“Ini bukan perang terhadap alkohol, tetapi perang terhadap pemandu mabuk tidak bertanggungjawab. Kehilangan nyawa yang tidak bersalah adalah tanggungjawab kita bersama,” tegas Kasthuri.

Sumber: FB Kasthuri