
MEMBAKUT: Bidang Bahasa Inggeris (BI) dan Kecerdasan Buatan (AI) menjadi antara fokus Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bagi pemerkasaan pada tahun depan.
Menterinya, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, inisiatif itu bagi memastikan golongan pelajar sekolah dan mahasiswa di Sabah dapat menguasai kedua-dua bidang dengan cemerlang.
AdvertisementPada masa sama katanya, usaha murni itu mampu melahirkan lebih ramai pakar dalam kedua-dua bidang sekaligus memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di masa depan.
“Untuk BI, saya akan panggil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), (wakil) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) serta beberapa pakar.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ia bagi mendengar cadangan mereka cara meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Sabah,” katanya selepas merasmikan Prisma Peringkat Daerah Membakut, di sini, Selasa.
Pada majlis itu, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut turut menyampaikan sumbangan pendidikan di bawah peruntukan Dun kepada sekolah-sekolah di kawasan itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan sama, Ariffin yang juga Exco Pendidikan memaklumkan pihaknya juga akan berbincang dengan pensyarah dan pakar dari UMS mengenai penubuhan Pusat AI di Sabah.
Katanya, pihaknya komited mahu menjadikan wilayah ini sebagai Pusat AI kerana Sabah mempunyai potensi besar dari segi pelaksanaan sekaligus mampu memperkasa bidang tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Mudahan dengan adanya Pusat AI ini dapat membantu IPT dan sekolah seterusnya memastikan pelajar dan penuntut kita menguasai bidang ini bagi memenuhi pasaran karier di masa depan.
“Kita yakin bidang ini akan menjadi keutamaan di masa depan dan sewajarnya kita memanfaat peluang ini dari awal iaitu bermula dari pelajar sekolah hingga ke IPT,” katanya.
Selain BI dan AI katanya, bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) juga akan diperkasa pada tahun depan.





