ElevenLabs Umum Pengenalan 11.ai – Pembantu Maya Berasaskan Suara

TechnologyDigital
25 Jun 2025 • 8:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ElevenLabs sedia dikenali ramai melalui teknologi penjanaan audio mereka, terutamanya memfokuskan teks ke audio, selain penjanaan audio yang boleh dalam bentuk bercakap dan perbualan. Tidak setakat itu, kini mereka turut mengumumkan pembangunan pembantu maya tersendiri, dinamakan 11.ai.

image is not available

11.ai ditawarkan dalam bentuk alfa buat masa ini, dan boleh diakses menggunakan web. Pengguna boleh berbual dan bertanyakan pelbagai perkara melalui 11.ai, dan ia akan memberi maklumbalas yang sesuai. Ketika melakukan tetapan pertama, pengguna turut boleh memilih nama untuk pembantu maya berkenaan, selain jenis suara untuknya.

ElevenLabs turut mengatakan 11.ai hadir dengan sokongan MCP (Model Context Protocol), membolehkan AI berkenaan mengambil tindakan untuk sesuatu perkara – membuatkan pembantu maya bukan sekadar respon, tetapi turut boleh mengawal beberapa perkara berasaskan kebenaran dan integrasi. Buat masa ini, antara integrasi yang hadir terbina adalah termasuk untuk Perplexity, Slack, Notion dan juga Linear.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba 11.ai hari ini, dan menggunakannya sebagai pembantu maya harian anda.