(FOTO) “Dah Kahwin Dah Geng..” – Cantik Berbusana Pengantin, Iman Troye Sudah Bernikah?

EntertainmentLifestyle
28 Sep 2025 • 8:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, penyanyi dikenali ramai iaitu Iman Troye ada memuat naik satu hantaran di TikTok yang telah menarik perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, Iman atau nama sebenar, Siti Nur Alyssa Sahabudin kelihatan jelita memakai busana pengantin serba putih, sambil memegang bunga di tangan.

image is not available

Hal tersebut telah membuat peminat tertanya-tanya, sama ada penyanyi tersebut telah mendirikan rumah tangga ataupun tidak.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang telah ditinggalkan oleh warganet, di mana ada yang berkata ia sekadar promosi untuk lagu terbaru Iman.

image is not available

image is not available

image is not available

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga berkata busana pengantin yang dipakai terlalu cantik untuk hanya dijadikan sebagai marketing dan mendakwa melihat kenalan Iman memuat naik status bahawa dia sudah pun berkahwin.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai berita tersebut masih belum dapat diketahui lagi daripada tuan punya badan.

image is not available 2025-07-01 10:39:40

Persembahan Naim Daniel Buat Iman Troye, Zubir Khan & Dahlia Farhana Sebak, Netizen Titip Pesan - "Jangan Tinggalkan Sahabat.."