
Freepik, salah satu platform yang popular dalam kalangan penggiat kreatif, kini mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan mereka kepada Magnific.
Selari dengannya juga, Magnific kini menyatukan pelbagai penawaran kreatif dibawah satu platform, memberikan akses pantas ke lebih 250 juta aset, termasuk gambar, video, dan juga audio. Tidak setakat itu, ia kini turut hadir dengan sokongan integrasi platform dikuasakan AI untuk memudahkan anda melakukan pelbagai tugasan kreatif yang lain.
Magnific baharu ini kini ditawarkan pada harga langganan bermula RM79 sebulan untuk versi Premium yang memberikan akses kepada sejumlah aset dan turut mempunyai akses kepada Seedance 2.0 untuk janaan video dan juga GPT Image 2.



