
Canonical kini telah pun mula menawarkan sistem operasi Ubuntu generasi terbaru, iaitu Ubuntu 26.04 yang hadir dengan sokongan jangka masa panjang. Sistem operasi ini juga mengemaskini sejumlah penawaran dengan versi terbaru, termasuk dikuasakan menggunakan kernel Linux 7.0.
Untuk antaramuka, Ubuntu 26.04 LTS menyertakan GNOME 50, yang turut menyertakan pengalaman deskto yang dikemaskini dengan sokongan aplikasi desktop moden. Ubuntu 26.04 LTS juga menjadi vers pertama yang hadir bersama sokongan NVIDIA CUDA pada penawarannya. Pada masa yang sama, Ubuntu turut menawarkan sokongan App Center yang dikemaskini dalam menguruskan pelbagai perisian dengan mudah dan pantas.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun sistem operasi Ubuntu 26.04 LTS ini, dan mula menggunakannya dalam operasi harian anda.


