Bagasi Pintar Plevo Dinyahkunci Menggunakan Imbasan Wajah, Jari Dan Kod Morse

TechnologyDigital
4 Oct 2019 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat pelbagai bagasi pintar dihasilkan di pasaran sejak akhir-akhir ini masing-masing mengintegrasikan teknologi paling terkini. Plevo ialah syarikat yanng menghasilkan bagasi pintar dan mereka menghasilkan dua produk baharu yang boleh dinyahkunci menggunakan sistem imbasan biometri serta kod Morse.

image is not available
Beg sandang dan beg galas Plevo masing-masih boleh dinyahkunci menggunakan aplikasi Android dan iOS. Menarik di sini proses nyahkunci boleh dilakukan dengan imbasan wajah, cap jari dan juga kod Morse. Sebuah butang pada bagasi perlu ditekan untuk menginput masuk kod Morse.

image is not availableSelain sistem nyankunci yang unik, ia juga hadir dengan sebuah powerbank sebesar 10,000 mAh yang boleh ditanggalkan bagi memenuhi kehendak syarikat penerbangan. Sistem keselamatan beg pula akan mengunci secara automatik apabila beg keluar dari lingkung 20 kaki dari pengguna. Bagasi-bagasi pintar ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama pada harga bermula $155 (~RM648) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved