Gadis berjaya dipujuk selepas bertindak agresif di sekolah

LocalFamily & Parenting
28 Jul 2026 • 12:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gadis berjaya dipujuk selepas bertindak agresif di sekolah

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas bertindak agresif dalam kejadian di sebuah sekolah di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.33 pagi sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota ditugaskan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba di sekolah itu kira-kira dua minit kemudian dan mendapati pelajar terbabit berada dalam keadaan emosi tidak stabil.

“Maklumat awal yang diterima daripada pihak sekolah memaklumkan pelajar berkenaan dipercayai menulis hasrat untuk mencederakan diri dalam sebuah buku latihan.

“Anggota bomba kemudian bertindak menenangkan dan memujuk mangsa sebelum berjaya membawanya ke tempat yang selamat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. – UTUSAN

The post Gadis berjaya dipujuk selepas bertindak agresif di sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved