Gagal dihubungi, nasib 57 rakyat Malaysia masih jadi tanda tanya

28 Aug 2026 • 10:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gagal dihubungi, nasib 57 rakyat Malaysia masih jadi tanda tanya

PUTRAJAYA – Keberadaan 57 warga Malaysia masih menjadi tanda tanya berikutan mereka gagal dihubungi ahli keluarga, rakan dan majikan setakat pukul 11 malam tadi, selepas banjir besar melanda daerah Rasuwa, Nepal.

Menurut Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di rantau itu sedang membuat semakan lanjut berdasarkan maklumat diperoleh daripada pihak berkuasa dan agensi berkaitan di Nepal.

“Pihak berkuasa tempatan di Nepal telah melaporkan bahawa 31 warga asing berjaya diselamatkan setakat ini.

“KLN belum menerima pengesahan sama ada terdapat warga Malaysia dalam kalangan mereka yang diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Pada masa sama, KLN turut menerima maklumat bahawa terdapat kemungkinan warga Malaysia memasuki kawasan terjejas melalui China dan India.

Sehubungan itu, ahli keluarga kepada warga Malaysia yang sedang berada atau melakukan perjalanan di rantau berkenaan selain masih belum berdaftar digesa untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada KLN.

“Perwakilan Diplomatik Malaysia di rantau ini turut bekerjasama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Negeri Nepal dan Lembaga Pelancongan Nepal bagi menyemak maklumat mengenai warga Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.

“Pihak polis, agensi keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan penduduk di Nepal terus melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas akibat banjir selain mengevakuasi keluarga dari lokasi yang berisiko dilanda banjir susulan,” katanya.

Jelas Wisma Putra, berikutan kerosakan teruk pada laluan darat serta gangguan komunikasi di sebahagian besar kawasan terjejas, helikopter digunakan secara meluas bagi operasi berkenaan.

“Individu yang memerlukan rawatan perubatan segera diterbangkan ke hospital utama di Kathmandu, manakala mereka yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan di pusat perubatan di kawasan terjejas,” katanya.

Selain itu, Bilik Operasi KLN di Putrajaya kini beroperasi 24 jam sehingga dimaklumkan kelak bagi menyelaras maklumat dan membantu warga Malaysia di kawasan yang terjejas serta ahli keluarga mereka.

“Ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan, termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir dan nombor telefon yang boleh dihubungi, digesa menghubungi KLN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Gagal dihubungi, nasib 57 rakyat Malaysia masih jadi tanda tanya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved