Gagasan Rakyat kini parti tempatan paling popular

LocalPolitics
27 Aug 2024 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini menjadi parti tempatan yang paling popular di Sabah apabila menyaksikan peningkatan bilangan ahli yang menyertai parti tersebut.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Pusat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu jelas menunjukkan Gagasan Rakyat semakin mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat bersatu di dalam satu parti tempatan yang ikhlas menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negeri tercinta ini.

Katanya, Sabah berada di landasan yang betul kerana sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) GRS-PH Plus memerintah, banyak perubahan positif dapat dinikmati segenap rakyat.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sudah menunjukkan kemampuannya dalam menjaga hak-hak rakyat di Sabah dengan cemerlang,” katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya, di Tanjung Batu Laut, di sini, pada Sabtu.

Nizam yang juga Ketua Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 12, yakin rakyat negeri ini akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada parti itu untuk kekal memerintah dan memimpin Sabah ke arah yang lebih cemerlang.

Berkenaan pelantikannya sebagai Ketua Penyelaras Zon 12, beliau berkata, ia satu tanggungjawab besar dalam memastikan semua bahagian parti Gagasan Rakyat di parlimen Tawau dan Kalabakan sentiasa diterima rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Gagasan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya menyelaras Zon 12 yang meliputi bahagian Apas, Balung, Sri Tanjung, Tanjung Batu, Kukusan, Merotai dan Sebatik.

Nizam berkata, kerjasama dalam kalangan pimpinan Zon 12 ketika ini dalam keadaan baik dan masing-masing sudah memperkemaskan jentera pilihan raya bagi memastikan semua calon menang di bahagian mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tanjung Batu, Datuk Abdul Muis Picho berkata, jenteranya sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), malah program turun padang bagi menarik lebih ramai ahli juga giat dilakukan.

Beliau yang juga bekas Adun Sebatik, menyatakan kesediaannya bertanding sekiranya dicalonkan oleh pucuk pimpinan, namun, akan tetap menyokong semua calon yang dipilih jika tidak terpilih sebagai calon, khususnya bagi DUN Tanjung Batu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.