GRS di landasan terbaik bangunkan Sabah

LocalPolitics
27 Aug 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada di landasan terbaik untuk membangun negeri ini dengan efektif.

Naib Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Negeri, Azrul Ibrahim berkata, Sabah memerlukan iltizam politik untuk segera bangkit menjadi negeri maju.

Katanya, kestabilan merupakan formula ampuh bagi memastikan usaha mentadbir negeri dapat diberikan tumpuan utama oleh kerajaan.

“Momentum telah dicipta, pelbagai pencapaian berjaya direkodkan. Tinggal lagi bagaimana rakyat Sabah bersatu hati dan tindakan bagi menterjemahkan hasrat bersungguh-sungguh memakmurkan negeri ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Azrun berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Pemuda PGRS Bahagian Silam.

Turut bersama pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua PGRS Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah dan barisan Ahli Jawatankuasa PGRS Bahagian Silam.

Menurut Azrul, anak muda Sabah perlu menjadi agen kestabilan negeri. Memilih GRS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang adalah sebahagian langkah penting mewujudkan kestabilan di Sabah.

Katanya, dengan adanya kestabilan, Sabah akan bergerak pantas membangun dan maju.

“Kesatuan rakyat pelengkap kepada kejayaan negeri ini. Jika kita bersatu, suara kita akan lebih kuat dan dihormati. PRN17 medan terpenting untuk kita mencipta sejarah politik baharu di Sabah sebagaimana jiran kita di Sarawak,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PGRS Bahagian Silam, Hany Syuqrieyan menzahirkan penghargaan kepada semua ahli khususnya pemuda yang masih setia bersama parti.

Hany dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada seluruh perwakilan yang hadir bermesyuarat untuk membawa hasrat dan suara pemuda di kawasan ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.