
LAHAD DATU: Daerah kecil Tungku memerlukan sebuah balai bomba dengan kadar segera bagi membolehkan pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil tindakan segera jika berlaku sebarang kecemasan.
Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tungku, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, keperluan membina balai bomba di kawasan ini sangat mendesak berikutan kawasannya yang jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu.
Abdul Hakim berkata, pembinaan balai bomba di kawasan ini adalah sangat perlu agar pihak Bomba dapat tiba dengan lebih pantas sekiranya berlaku sebarang kecemasan.




