Pemimpin harus diterima majoriti kaum Sabah

LocalPolitics
25 Aug 2024 • 1:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KOTA MARUDU: Pemimpin yang menerajui kepimpinan negeri Sabah haruslah seseorang yang boleh diterima oleh majoriti kaum-kaum di negeri ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Rubin Balang berkata, ini bagi membolehkan negeri ini sentiasa aman damai, harmoni dan makmur.

Katanya, apabila keadaan Sabah harmoni ia memudahkan pembangunan dilaksanakan dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, infrastruktur (utiliti) mencukupi dan menampung keperluan rakyat jelata bagi menjana ekonomi yang mampan.

“Kita juga sedia maklum bahawa Sabah telah melahirkan ramai pemimpin berkebolehan namun pada waktu ini, Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri adalah pilihan majoriti. Ini kerana beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang boleh diterima banyak pihak,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Bandau di dewan komuniti Kota Marudu, di sini, baru-baru ini.