Gaji minimum RM2,000 libat lebih 4 juta pekerja

LocalBusiness & Finance
10 Oct 2026 • 2:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gaji minimum RM2,000 libat lebih 4 juta pekerja

PUTRAJAYA – Lebih empat juta pekerja akan menikmati kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, iaitu peningkatan RM300 atau 17.6 peratus.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberikan ruang kepada penyesuaian model perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan turut memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai permulaan, dengan mekanisme pelaksanaannya akan diperincikan oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam masa terdekat.

Untuk pekerja gig, beliau berkata, pakej pembiayaan bersama kerajaan dan Grab bernilai RM160 juta bermula 2027 akan menyokong peningkatan pendapatan bersih serta kebajikan pekerja e-panggilan dan p-panggilan.

“Pendapatan bersih pemandu e-panggilan pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan, manakala pendapatan penghantar p-panggilan meningkat hingga RM100 sebulan.

“Majlis Perundingan Gig sedang merundingkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan dan standard minimum perlindungan sosial pekerja gig untuk dimuktamadkan pada awal 2027,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027 semalam mengumumkan beberapa inisiatif termasuk peningkatan gaji minimum, kebajikan pekerja gig dan peluang latihan yang memenuhi keperluan industri. – BERNAMA

The post Gaji minimum RM2,000 libat lebih 4 juta pekerja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved