iPad Mini 7 Turut Boleh Dipulihkan Dengan iPhone Lain

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara ciri menarik yang ditemui pada iPhone 16 dengan iOS 18 adalah ciri memulihkan peranti dengan iPhone lain. Untuk saya yang kerap bertukar peranti kerana kerja, ciri ini amat membantu kerana saya boleh memulihkan data tanpa komputer. Terbaru, iPad turut menerima ciri yang sama.

image is not available

Dalam laporan 9to5Mac, mereka menemui yang iPad Mini 7 terbaru bersama cip A17 Pro turut menyokong ciri yang sama. Anda boleh pulihkan iPad Mini 7 jika ada masalah perisian tergendala dengan meletakkan iPad Mini baharu ini di sebelah dengan iPhone atau iPad lain dengan iOS 18/iPadOS 18.

Kaedah ini akan membuatkan iPad dan iPhone lain tadi memuat turun perisian dan fail yang patut sebelum dihantar secara nirwayar ke iPad Mini tadi. Ciri memulihkan peranti bermasalah ini hanya disokong pada iPad Mini 7 dan iPhone 16, kerana peranti lama tidak mempunyai perisian pemulihan RecoveryOS yang hanya disertakan dalam storan sistem. Konsep yang sama turut disokong pada Apple Watch dan Apple TV.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved