Galaxy Z Flip 5 dan Z Fold 5: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Digital
26 Jul 2023 • 8:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Pelancaran Galaxy Unpacked telah menyaksikan kemunculan telefon lipat baharu, Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5. Seperti biasa, Malaysia selaku pasaran utama Samsung memperlihatkan tempahan awal telah mula dibuka sejurus pelancaran diumumkan.

Harga rasmi untuk telefon boleh lipat terbaru Samsung adalah seperti berikut:

  • Galaxy Z Flip 5 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,499
  • Galaxy Z Flip 5 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,999

image is not available

  • Galaxy Z Fold 5 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM6,799
  • Galaxy Z Fold 5 (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM7,299
  • Galaxy Z Fold 5 (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM8,299

image is not available

Promosi Tempahan Awal

Laman web Samsung Malaysia telah memuat naik tawaran untuk tempahan awal telefon pintar lipat ini. Tempahan awal ini dibuka mulai hari ini, 26 Julai sehingga 17 Ogos 2023. Mungkin ia akan mula dijual di kedai pada 18 Ogos 2023.

Bagi Galaxy Z Flip 5, Samsung memberi storan berganda, e-baucar sebanyak RM400 dan diskaun pembelian bersama pembelian sehingga 40%. Ringkasnya, tiada storan 256GB dijual, tetapi hanya 512GB dijual pada harga 256GB.

Untuk Galaxy Z Fold 5, tawarannya agak serupa iaitu storan berganda, e-baucar sebanyak RM600 dan diskaun pembelian bersama pembelian sehingga 40%. Tetapi ada sedikit perbezaan kerana pembelian 1TB bukan pada harga 512GB, sebaliknya diskaun RM500 sahaja:

  • Galaxy Z Fold 5 512GB – RM7,299 RM6,799
  • Galaxy Z Fold 5 1TB – RM8,299 RM7,799

Tempahan awal ini boleh dibuat di laman web Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 Samsung Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai Galaxy Z Flip 5 di sini, dan Galaxy Z Fold 5 di sini.

Bacaan Berkaitan