PROMO: Sehingga RM400 diskaun tambahan untuk tempahan Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Tab S9 & Galaxy Watch 6

Digital
26 Jul 2023 • 9:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tempahan awal untuk produk Samsung yang baru dilancarkan di Galaxy Unpacked iaitu Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Watch 6, Galaxy Watch 6 Classic dan tablet siri Galaxy Tab S9 telah dibuka di Malaysia sekarang. Samsung menawarkan storan diganda, hadiah percuma dan diskaun untuk pembelian aksesori sebagai promosi.

Tetapi pembaca SoyaCincau sangat bertuah kerana kami ada ganjaran tambahan untuk anda membuat tempahan awal produk Samsung yang baru dilancar ini. Caranya mudah tetapi anda harus ikuti langkah ini.

image is not available

Caranya, gunakan kod promosi SCGALAXY semasa membuat tempahan awal di Stor Online Samsung Malaysia. Dengan kod ini, anda akan mendapat diskaun tambahan terhadap semua tawaran yang disediakan Samsung, berbeza mengikut produk iaitu:

  • Diskaun RM100 untuk siri Galaxy Watch 6 / Galaxy Tab S9
  • Diskaun RM200 untuk Galaxy Z Flip 5 / Galaxy Tab S9+
  • Diskaun RM400 untuk Galaxy Z Fold 5 / Galaxy Tab S9 Ultra

image is not available

Jika anda masukkan kod promosi kami ini, anda boleh membeli Galaxy Z Flip 5 512GB pada harga RM4,299 sahaja (penjimatan berjumlah RM700).

Kalau untuk Galaxy Z Fold 5 512GB pula, ia menjadi RM6,399 (penjimatan berjumlah RM900) dan untuk Galaxy Z Fold 5 1TB ia hanya RM7,399 (penjimatan berjumlah RM900).

Ingat ya, promosi ini hanya terdapat untuk tempahan awal di Stor Online Samsung Malaysia. Ia juga tidak boleh digunakan bersama e-baucar lain. Kod promosi ini juga disediakan dalam kuantiti terhad, jadi anda harus bertindak cepat dan membuat tempahan segera untuk mendapatkan penjimatan yang banyak ini.

Walaupun menggunakan kod promosi ini, anda masih layak menikmati ganjaran lain yang ditawarkan Samsung Malaysia untuk tempahan awal. Jangan lupa, masukkan kod promosi semasa check-out dan pastikan harga diskaun terpapar jelas sebelum membuat pembayaran.

Berikut adalah harga rasmi jualan di Malaysia untuk semua produk yang baru Samsung lancarkan:

Samsung Galaxy Z Fold 5

  • 256GB – RM6,799
  • 512GB – RM7,299
  • 1TB – RM8,299

Samsung Galaxy Z Flip 5

  • 256GB RM4,499
  • 512GB RM4,999

Samsung Galaxy Watch 6 Classic

  • 47mm LTE – RM1,799
  • 47mm BT – RM1,499
  • 43mm LTE – RM1,699
  • 43mm BT – RM1,399

Samsung Galaxy Watch 6

  • 44mm LTE – RM1,499
  • 44mm BT – RM1,199
  • 40mm LTE – RM1,399
  • 40mm BT – RM1,099

Samsung Galaxy Tab S9

  • Galaxy Tab S9 Ultra 512GB + keyboard – RM7,149 (5G) / RM6,499 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9 Ultra 256GB + keyboard – RM6,649 (5G) / RM5,999 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9+ 512GB + keyboard – RM5,849 (5G) / RM5,199 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9+ 256GB – RM5,249 (5G) / RM4,599(Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9 256GB + keyboard – RM4,849 (5G) / RM4,199 (Wi-Fi)
  • Galaxy Tab S9 128GB – RM4,349 (5G) / RM3,699 (Wi-Fi)

Bacaan Berkaitan