
![]() |
Acara sukan phygital terkemuka dunia, yang menggabungkan prestasi fizikal dengan permainan digital, melabuhkan tirai edisi tahun 2026 selepas menghimpunkan atlet, peminat dan penyiar dari seluruh dunia
ASTANA, Kazakhstan, 10 Ogos 2026 /PRNewswire/ — Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) yang dikuasakan oleh Samruk-Kazyna secara rasmi melabuhkan tirai selepas 12 hari pertandingan sengit, menghimpunkan lebih 800 peserta daripada lebih 50 kewarganegaraan di Astana untuk bersaing merebut keseluruhan hadiah wang tunai melebihi AS$4 juta. Beberapa kelab sukan dan esports terkemuka dunia bergandingan dengan bakat baharu phygital untuk bersaing dalam lapan disiplin, ketika ribuan peminat membanjiri empat lokasi bertaraf dunia di seluruh bandar, manakala ratusan juta lagi mengikuti aksi tersebut di seluruh dunia.
Dari 29 Julai hingga 9 Ogos, Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) menyajikan aksi yang mempamerkan prestasi fizikal elit, permainan digital dan strategi, dengan atlet serta kelab dari seluruh dunia bersaing merebut gelaran menerusi program pertandingan yang merangkumi sukan phygital dan beberapa judul esports terbesar dunia. Sepanjang 12 hari yang sarat dengan aksi, pelbagai persembahan cemerlang dan detik yang tidak dapat dilupakan tercipta di setiap lokasi, sebelum lapan juara akhirnya dinobatkan di Astana.
Atlet dan pasukan berentap dalam barisan pertandingan yang merangkumi:
- Phygital Basketball dipersembahkan oleh Halyk Fund
- Phygital Football UFL dipersembahkan oleh Samruk-Kazyna
- Phygital Dancing dipersembahkan oleh SolidcoreResources
- Phygital Shooter CS2 dipersembahkan oleh Yandex Go
- Phygital Fighting dipersembahkan oleh Kazzinc
- PUBG Battle Royale: Battlegrounds dipersembahkan oleh Alatau City Bank
- MOBA PC Dota 2 dipersembahkan oleh CenterCredit
- MOBA Mobile MLBB dipersembahkan oleh Freedom.
Juara Dinobatkan dalam Setiap Disiplin
17 Gaming merangkul kejuaraan Battle Royale selepas menewaskan GAM The Expendables untuk merebut gelaran serta hadiah utama AS$300,000. Team Vitality melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga, mengatasi barisan pasukan lain yang turut merangkumi Twisted Minds, Geekay Esports dan Team Falcons.
Dalam Phygital Basketball, Wilders mencatat kemenangan meyakinkan pada perlawanan akhir untuk membawa pulang AS$100,000, dalam saingan yang turut menampilkan kelab terkenal dunia termasuk Valencia Basket dan Boca Juniors. Basketball bukan satu-satunya disiplin yang menyaksikan kemenangan penuh bergaya: PlayTime merangkul gelaran MOBA PC, sekali gus mencatat kemenangan pertama mereka dalam kejohanan utama di Games of the Future (Sukan Masa Depan), selepas menewaskan pencabar hebat termasuk VICI Gaming, Xtreme Gaming dan Execration sepanjang perjalanan mereka menuju kejuaraan.
Perlawanan akhir Phygital Football tidak kurang mendebarkan, dengan NS Team merangkul kejuaraan selepas menewaskan juara tahun lalu, Quetzales-Armadillos.Pertandingan itu turut menyaksikan kelab seperti Peñarol, Los Troncos FC dan Orlando Pirates Fives turun beraksi, manakala Franco Vitali mengungguli saingan sengit Phygital Dancing — yang turut menampilkan juara dunia Just Dance tiga kali, Umutcan Tutuncu — untuk dinobatkan sebagai juara.
Dalam Phygital Shooter, Team KZ berjuang sehingga merangkul kejuaraan selepas menewaskan Liga Pro Team untuk muncul juara susulan lima hari pertandingan mendebarkan di Beeline Arena, manakala Eternal Fire dan Klan Pedrajas turut mencuri tumpuan. Archangel Michael menduduki tangga teratas dalam Phygital Fighting untuk merangkul kejuaraan, manakala Bigetron by Vitality melengkapkan senarai juara dengan memenangi pertandingan MOBA Mobile selepas mempamerkan prestasi mengagumkan sepanjang kejohanan, mengatasi ONIC, Aurora Gaming, Team Falcons dan Team Spirit.
Dan Merkley, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, berkata: “Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) telah menunjukkan kepada dunia perkara yang menjadikan sukan phygital begitu mengujakan. Kami telah menyaksikan atlet dan kelab luar biasa bersaing, peminat yang penuh semangat membanjiri venue serta audiens di seluruh dunia menerima pengalaman baharu yang mencerminkan masa depan sukan. Astana menandakan satu lagi langkah penting ke hadapan bagi pergerakan global yang terus berkembang dari segi aspirasi, jangkauan dan kerelevanan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Republik Kazakhstan, Jawatankuasa Penganjur Tempatan kami serta setiap atlet, kelab, rakan kerjasama, sukarelawan dan peminat yang telah menjayakan temasya ini. Kami meninggalkan Kazakhstan dengan inspirasi daripada pencapaian yang telah kita raih bersama dan teruja untuk melihat hala tuju sukan phygital seterusnya.”
Selain pertandingan, Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) turut menghimpunkan pemimpin dan pembuat keputusan daripada komuniti sukan dan kerajaan antarabangsa. Menteri, pegawai kanan dan delegasi dari lebih 60 negara menghadiri acara tersebut, bersama wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan organisasi antarabangsa lain, sekali gus membuka ruang untuk berdialog mengenai pembangunan sukan phygital pada masa hadapan.
Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) turut menjangkau audiens global yang besar, dengan liputan menerusi 289 saluran pengedaran di lebih 150 negara dan wilayah serta dalam lebih 20 bahasa, sekali gus menjana ratusan juta tontonan di seluruh dunia.
Anda boleh terus menyaksikan tayangan semula penuh bagi semua disiplin di Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) menerusi Phygital+, platform penstriman khusus untuk sukan phygital.
Nota kepada Editor:
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur phygital sports pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://phygitalinternational.com
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan, GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira phygital sport generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025) telah diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), manakala Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) telah diadakan di Astana, Kazakhstan.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games
krisha@marylebonecommunications.com
The post Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) Melabuhkan Tirai Selepas 12 Hari Penuh Aksi Mendebarkan appeared first on The Malaysian Update.





