‘Saya pendek, kalau dibanding pelakon berwajah Pan-Asia’

LocalEntertainment
13 Aug 2026 • 9:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya pendek, kalau dibanding pelakon berwajah Pan-Asia’

KUALA LUMPUR – Pelakon Shaheizy Sam menggesa pengarah atau penerbit tempatan untuk memberikan ruang serta peluang kepada bakat-bakat baharu tanpa bersandar kepada rupa paras semata-mata.

Pemilik nama lengkap Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkongsi pengalaman peribadinya sewaktu mula bertapak dalam industri yang ketika itu didominasi pelakon berpenampilan tinggi dan berwajah kacukan.

“Bagi saya, kita kena beri peluang kepada pelakon-pelakon ini. Macam saya sendiri, saya kecil, tak tinggi (pendek) dan rupa pula biasa-biasa sahaja.

“Kalau nak dibandingkan dengan zaman saya nak naik dulu, pelakon semua kacak, berwajah Pan-Asian dan tinggi.

“Tetapi, kalau saya tidak diberikan peluang ketika itu, mungkin saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo itu turut menegaskan peluang yang diberikan perlulah disusuli dengan bimbingan yang betul sebagai persediaan termasuk mengupah jurulatih lakonan.

“Tetapi, jangan bagi peluang secara ‘buta-buta’. Kalau pengarah atau penerbit tidak yakin dengan kemampuan pelakon itu, mereka boleh mengupah jurulatih lakonan bagi memastikan pelakon berkenaan dapat membawakan watak yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Semuanya terletak di tangan pengarah atau penerbit itu sendiri. Mereka perlu berani ambil tanggungjawab serta risiko untuk memberi peluang kepada pelakon-pelakon ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon Aniq Suhair mendedahkan sukar menyakinkan produser untuk menawarkannya berlakon dalam filem aksi kerana memiliki ‘wajah jambu’. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya pendek, kalau dibanding pelakon berwajah Pan-Asia’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved