Gandingan lama kembali bergabung

29 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gandingan lama kembali bergabung

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan menyatukan semula gandingan beregu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri bagi mengharungi tiga kejohanan berturut-turut di India, bermula bulan depan.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai kualiti individu kedua-dua pemain berkenaan selain mengambil kira status mereka sebagai pemain paling senior dalam kelompok percubaan ketika ini.

Sebelum ini, Arif pernah digandingkan bersama Yap Roy King dan Kang Khai Xing, namun Herry berpandangan tidak salah untuk menguji kembali keserasian gandingan yang pernah terkenal dengan julukan ‘Patatimo’ itu kerana masing-masing berasal dari Terengganu dan Kelantan.

Pasangan negara  itu akan memulakan ujian di Kejohanan Antarabangsa Syed Modi bertaraf Super 300 dari 24 hingga 29 November, sebelum meneruskan cabaran dalam dua kejohanan Super 100, masing-masing Masters Guwahati (1 hingga 6 Disember) dan Masters Odisha (8 hingga 13 Disember).

“Arif sebelum ini sudah kita cuba pasangkan dengan  Khai Xing dan Roy King. Selepas melihat keseluruhan pemain, Arif dan Haikal adalah yang paling senior dan dari segi kualiti individu, kedua-duanya sangat baik. Jadi, kenapa tidak kita beri peluang untuk cuba gandingkan mereka semula,” katanya.

Bagaimanapun, Herry menegaskan tiada sebarang sasaran khusus diletakkan ke atas bahu pasangan itu memandangkan tiga kejohanan di India tersebut hanya bersifat fasa percubaan.

The post Gandingan lama kembali bergabung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved