Gangguan Bekalan Stesen Penjana Di Melaka Punca Bekalan Elektrik Terjejas Di Lembah Klang, JB - TNB

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2025 • 6:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Baharu terputus bekalan elektrik susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka hari ini.

TNB menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan bekalan di sekitar kawasan terbabit adalah akibat pelantikan di Edra Power Plant.

"Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas," menurut kenyataan itu.

TNB turut menasihati orang awam supaya segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi talian 15454 atau menghantar pesanan menerusi Facebook TNB Careline, media sosial X @Tenaga_Nasional atau e-mel tnocareline@tnb.com.my.

TNB turut memaklumkan bekalan elektrik yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di stesen penjana itu sedang dipulihkan secara berperingkat.

Menurut kenyataan itu, setakat 5.30 petang, bekalan telah dipulihkan di kawasan Damansara City, Sri Hartamas, Danau Desa, SPPK Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Damansara, Kota Puteri dan Pasir Gudang Darat. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved