Rohas Tecnic raih kontrak kejuruteraan RM28.67 juta daripada TNB bagi projek bekalan elektrik 275kV di Iskandar Puteri

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2025 • 6:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rohas Tecnic raih kontrak kejuruteraan RM28.67 juta daripada TNB bagi projek bekalan elektrik 275kV di Iskandar Puteri

image is not available

13/10/2025 - 18:18

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Okt - Rohas Tecnic Berhad menerusi HG Power Transmission Sdn Bhd menerima kontrak kejuruteraan bernilai RM28.67 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekalan pukal 275kV (pusat data) di Iskandar Puteri.

Kumpulan itu berkata, kontrak itu dijangka siap dalam tempoh 240 hari bermula dari tarikh permulaan kerja.

“Projek ini merupakan pencapaian penting buat kumpulan dalam menyokong pembangunan infrastruktur tenaga berteknologi tinggi, khususnya bagi sektor pusat data yang berkembang pesat di wilayah selatan,” katanya dalam satu nota kajian.

Kumpulan itu berkata, projek tersebut melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi sistem bekalan elektrik voltan tinggi, yang akan menyokong keperluan tenaga pusat data di Iskandar Puteri.

Rohas berkata, projek itu tertakluk kepada risiko lazim yang berkaitan dengan kontrak EPCC, termasuk turun naik harga bahan mentah, namun kumpulan yakin bahawa pengalaman dan kepakaran HG Power Transmission dalam melaksanakan projek seumpamanya akan mengurangkan risiko tersebut dengan berkesan.

Katanya, projek itu tidak melibatkan sebarang penerbitan saham baharu, dan oleh itu tidak memberi kesan kepada modal saham terbitan atau pegangan pemegang saham utama Rohas.

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Rohas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan 2026, dengan impak positif terhadap pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan.- DagangNews.com

standard