Malaysia tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17

LocalHealth & Fitness
1 Sep 2026 • 11:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Malaysia tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 dan mesyuarat berkaitan (AHMM) yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 11 Sept ini.

Kementerian Kesihatan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan mesyuarat itu bertemakan Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems.

“Mari kita bersama-sama menyokong usaha ke arah sistem kesihatan ASEAN yang lebih saksama, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan,” menurut hantaran itu.

Kali terakhir Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan berprestij itu ialah dua dekad lepas, iaitu AHMM ke-7 di Pulau Pinang pada 2004.

Persidangan ini ialah platform strategik yang amat penting dalam usaha memperkukuh kerjasama kesihatan awam dan mendepani cabaran kesihatan serantau secara holistik.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved