Ganjaran lebih besar, tuntuan prestasi juga perlu meningkat

13 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Ganjaran lebih besar, tuntuan prestasi juga perlu meningkat

Kenaikan kadar ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi acara berpasukan perlu disambut dengan peningkatan prestasi atlet, sekali gus membuktikan penghargaan kerajaan itu mampu diterjemahkan kepada kejayaan lebih besar di pentas antarabangsa.

Itu pandangan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad yang menyifatkan pengumuman kenaikan ganjaran berkenaan sebagai satu khabar gembira yang wajar dihargai oleh seluruh persatuan sukan negara.

Menurutnya, keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan, terutama mengambil kira kekangan kewangan semasa serta jumlah peruntukan besar yang perlu disediakan kerajaan.

KBS mengumumkan kadar ganjaran pingat emas SHAKAM Selasa lalu bagi acara berpasukan dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM40,000 bagi setiap atlet.

Kenaikan itu bersamaan 166.67 peratus berbanding kadar terdahulu, sekali gus memperlihatkan perubahan ketara terhadap penghargaan yang diberikan kepada atlet acara berpasukan.

“Bukan mudah untuk kerajaan menyediakan peruntukan tersebut. Saya berharap persatuan-persatuan faham dengan situasi ini dan bajet sedia ada telah ditingkatkan nilainya.

“Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Dr Taufiq Johari dan Majlis Sukan Negara atas inisiatif meningkatkan nilai ganjaran kepada sukan berpasukan,” katanya.

Untuk rekod, kadar SHAKAM bagi acara berpasukan kali terakhir disemak pada 2002, manakala kadar bagi acara individu pula melalui semakan pada 2010.

Nur Azmi yang juga Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) berharap peningkatan ganjaran itu menjadi pemangkin kepada atlet dan persatuan untuk terus memperkukuh persiapan serta memburu kejayaan lebih cemerlang.

Jelasnya, penghargaan yang lebih besar perlu hadir bersama tanggungjawab untuk meningkatkan mutu persembahan, sekali gus memastikan setiap pelaburan terhadap pembangunan sukan negara memberikan pulangan sewajarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved