Gara Gara Naik Ride "Sotong", Dua Pengunjung Cedera Tercampak Keluar

7 Mar 2024 • 11:04 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Dua pengunjung melalui pengalaman buruk apabila kunjungan ke satu funfair berakhir dengan kecederaan selepas terhumban keluar dari salah satu permainan dalam kejadian berhampiran Kompleks Sukan Likas malam tadi.

Beberapa video yang memaparkan insiden tersebut tular di platform sosial media. Turut memaparkan dua orang mangsa lelaki dan wanita dewasa yang sedang menahan sakit dipercayai terjatuh dari permainan ‘sotong ride’.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.58 malam.

“Sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved