Dua Pengunjung Cedera Selepas Terhumban Ketika Main ‘Sotong Ride’

7 Mar 2024 • 12:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Dua pengunjung pesta ria atau funfair alami cedera selepas terhumban dari salah satu permainan dalam kejadian berhampiran Kompleks Sukan Likas di sini malam tadi.

Menurut laporan Kosmo, menerusi beberapa video yang tular di laman sosial, dua mangsa terlibat adalah lelaki dan wanita dewasa yang terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak.

Dua pengunjung cedera

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ordine Gilu memberitahu pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 8.58 malam.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Ziera Nell mendedahkan dia menjadi saksi kepada kejadian tersebut kerana berada di lokasi yang sama.

“Sebelah kami ja jatuh tadi. Anduk bah kesian, kesiannya terbuang di sini kah?,” katanya menerusi perkongsian itu.

Sumber: Kosmo (Ivan Amirul)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved