Gara-Gara ‘Sembang Kacip’, Heliza Helmi Mohon Maaf – “Saya Sedang ‘Recharge’ Diri”

EntertainmentLifestyle
13 Oct 2025 • 2:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, memaklumkan bahawa dirinya kini mengambil sedikit masa untuk berehat daripada media sosial bagi menenangkan fikiran selepas melalui pelbagai pengalaman emosi kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Heliza berkongsi bahawa dia sedang merehatkan diri dengan membaca perkongsian pengguna lain di platform berkenaan.

image is not available

Maaflah kakja (Heliza) sedang rehatkan diri dengan masuk ke thread-thread korang. Harap tak mengganggu kehidupan normal kalian.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai selepas Heliza dilihat aktif meninggalkan komen di platform berkenaan sejak semalam, sehingga namanya kembali menjadi bualan netizen.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Heliza merupakan antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bagi memecahkan sekatan rejim terhadap Palestin.

Namun, ketika pelayaran menuju ke Gaza, kapal mereka dipintas oleh tentera Israel dan kesemua sukarelawan ditahan selama tiga hari, sebelum akhirnya dibebaskan hasil usaha diplomatik kerajaan Turkiye.

Kini, Heliza dilihat memilih untuk bertenang dan memulihkan emosi selepas misi tersebut yang meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-13 10:59:18

Uqasha Senrose & Kamal Adli Tidak Lagi Saling Ikuti Di Instagram, Peminat Mula Spekulasi Rumah Tangga Bergolak