
Sentiasa berhati-hati ye semua!
Gara-Gara Ubat Gegat, Wanita Kongsi Kisah Anak Masuk ICU Di Kuching. Baru baru ini seorang wanita telah berkongsi pengalaman di Facebook di mana anaknya telah masuk ICU gara-gara menjilat ubat gegat.
Ubat gegat merupakan sejenis racun serangga dalam bentuk yang mengandungi kimia Naftalin dan Paradiklorobenzin. Bahan kimia ni lah yang dapat menghindarkan serangga perosak dari menyerang barangan di rumah.

Menemui ubat serangga
Dalam perkongsian berkenaan, wanita itu berkata, anaknya telah menemui ubat serangga tersebut di dalam almari di neneknya. Gara-gara sifat ingin tahu kanak-kanak menguasai diri anaknya itu, dia mengambil keputusan untuk merasa ubat gegat tersebut dengan menjilatnya.
Pada malam hari berkenaan, anaknya itu dikatakan tidur awal dari biasa dan apabila dia memeriksa keadaanya, dia terkejut anaknya sudah lemah-longlai. Mulut anaknya pula apabila dia menekan pipinya, berbuih lalu dia terus ke Hospital.

Anaknya kemudiannya dimasukkan ke ICU untuk rawatan dan kini dipercayai sudah berada di dalam keadaan stabil. Pihak hospital juga telah bertanya kepada anaknya apa yang terjadi dan anaknya itu mengatakan dia telah cuba merasa ubat gegat tersebut.
Kisah ini kemudiannya tular di Facebook dengan 856 perkongsian (setakat artikel ini ditulis) dan netizen rata-ratanya berasa bersyukur kerana anaknya selamat.
Diharap kisah ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua yang mempunyai anak-anak kecil di luar sana. Sentiasa berhati-hati dengan barangan yang mengandungi racun tau chemical berbahaya di rumah.

