Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

Garmin melancarkan dua jam tangan pintar bahaaru melalui Fenix 9 dan Fenix 9 Pro. Kedua-duanya hadir sebagai tambahan dalam siri jam tangan sukan mereka, sekali gus menjadikan barisan produk mereka lebih menarik untuk peminat gaya hidup aktif.

Image from: Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

Garmin Fenix 9 hadir dengan skrin AMOLED 1.4-inci yang digabungkan bersama bezel titanium, kaca sapphire dan butang logam kalis bocor. Ia turut menawarkan tahap ketahanan dalam air sehingga 40 meter, sekali gus menambah nilai premium pada rekaan.

Image from: Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

Jam tangan ini dilengkapi ciri kesihatan seperti ECG untuk mengesan AFib, di samping mengekalkan fungsi latihan standard termasuk Training Readiness, Endurance Score dan Hill Score. Baterinya mampu bertahan sehingga 29 hari, manakala storan dalaman 64GB disediakan untuk lagu dan peta.

Image from: Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

Dalam masa sama, syarikat itu memperkenalkan perisian baharu dinamakan Garmin Epic. Perisian ini berfungsi menggabungkan aktiviti, imej dan data kesihatan ke dalam satu garis masa. Dengan adanya ciri tersebut, pengalaman penggunaan menjadi lebih teratur dan menyeluruh.

Image from: Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

Garmin Fenix 9 Pro menjadi versi lebih berkuasa berbanding model standard. Ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.5 inci dan kecerahan maksimum 3000 nits untuk paparan lebih jelas dalam pelbagai keadaan. Fenix 9 Pro mampu digunakan sehingga 31 hari, yang turut menawarkan pilihan Pro Solar yang boleh bertahan sehingga 57 hari melalui pengecasan solar.

Image from: Garmin Fenix 9 Dan Fenix 9 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Sehingga 57 Hari

Ini sesuai untuk mereka yang mahukan penggunaan lebih panjang tanpa perlu kerap mengecas. Keistimewaan lain Fenix 9 Pro terletak pada sokongan sambungan satelit inReach. Fungsi ini membolehkan mesej dihantar di kawasan luar liputan dan menyediakan akses kepada SOS menarik. Dengan ciri tersebut, Fenix 9 Pro lebih sesuai digunakan untuk ekspedisi dan aktiviti luar kawasan.

Semakan di laman rasmi Garmin Malaysia menunjukkan hanya model Fenix 9 Pro dan Fenix 9 Pro Solar disenaraikan dengan harga RM4,899. Versi standard masih belum dipaparkan dan sekadar ditandakan sebagai akan datang yang memberi petanda ia mungkin diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber – Garmin Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved