Kes membabitkan anjing liar bernama Rocky memasuki perkembangan baharu apabila seorang lelaki yang sebelum ini menjadi sasaran kecaman di media sosial, Muhammad Shah Hizam, dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad Shah, 24, akan hadir ke mahkamah pada 20 Ogos 2026, jam 9 pagi selepas menerima saman daripada pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Advertisement
Peguam Sahkan Muhammad Shah Terima Saman
Perkara itu disahkan peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat.
Muhammad Rafique berkata anak guamnya telah menerima saman berkenaan dan pihaknya akan hadir ke mahkamah seperti ditetapkan.
“Ya, saya sahkan Muhammad Shah telah diserahkan saman oleh Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Kami akan hadir jam 9 pagi pada 20 Ogos ini,” kata Muhammad Rafique.
Bagaimanapun, akta dan seksyen pertuduhan yang bakal digunakan terhadap Muhammad Shah masih belum dipastikan buat masa ini kerana pertuduhan tersebut hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.
Kes Rocky Sebelum Ini Tular Di Media Sosial
Nama Muhammad Shah sebelum ini menjadi perhatian selepas tular rakaman video berkaitan operasi penangkapan seekor anjing liar dikenali sebagai Rocky di Taman Telok Gedong Indah pada 29 Julai lalu. (Sinar Harian)
Rakaman berkenaan mencetuskan kemarahan sebahagian pengguna media sosial selepas timbul dakwaan bahawa berlaku tindakan kejam terhadap Rocky sehingga menyebabkan kematian anjing berkenaan.
Namun, perkara tersebut merupakan dakwaan yang tersebar susulan video berkenaan dan proses undang-undang terhadap Muhammad Shah kini akan berlangsung di mahkamah.
Susulan penularan isu itu, Muhammad Shah turut mendakwa menerima ancaman terhadap dirinya dan ahli keluarga.
Perhatian kini tertumpu kepada prosiding di Mahkamah Sesyen pada Khamis ini bagi mengetahui pertuduhan sebenar yang akan dikenakan terhadap Muhammad Shah berhubung kes tersebut. (Sinar Harian)
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Ancaman Bun*h Sampai Cari Di Rumah” – Peguam Tegas Netizen, Selebriti & Pempengaruh Fitnah Shah Seksa & Bunuh Rocky Bakal Diambil Tindakan
The post Kes Anjing Rocky: Muhammad Shah Hizam Bakal Didakwa Di Mahkamah Sesyen Khamis Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






