Garmin Run Series Malaysia: 16,000 peserta banjiri Putrajaya

1 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Garmin Run Series Malaysia: 16,000 peserta banjiri Putrajaya

Semangat daripada sifar kepada wira atau From Zero to Hero menjadi antara tarikan Garmin Run Marathon Series Malaysia 2026 apabila kira-kira 16,000 peserta menyertai acara larian berkenaan di Putrajaya.

Penyertaan besar itu menyaksikan Malaysia menjadi destinasi keempat daripada keseluruhan 13 siri jelajah yang dianjurkan sepanjang 2026 hingga 2027.

Siri berkenaan merangkumi 10 bandar di Asia dan tiga lokasi di Amerika Syarikat, dengan Singapura menjadi lokasi penganjuran pada 25 Oktober lalu.

Dua kategori utama dipertandingkan di Putrajaya iaitu larian 10 kilometer dan 21 kilometer, menggunakan beberapa laluan ikonik sekitar pusat pentadbiran negara.

Antara laluan yang menjadi tumpuan peserta termasuk Jalan Ekuestrian, Jambatan Seri Ehsan dan Taman Ekuestrian.

Penganjuran kali ini turut berlangsung dalam keadaan cuaca yang mengizinkan selepas situasi jerebu dilaporkan bertambah baik.

Lebih menarik, peserta yang berjaya melengkapkan 10 daripada 13 destinasi sepanjang siri jelajah itu berpeluang menerima pingat khas bersalut emas 18 karat.

Ganjaran istimewa itu menjadi antara motivasi tambahan buat peserta untuk meneruskan cabaran merentasi pelbagai destinasi sepanjang siri penganjuran.

Selepas Putrajaya, siri seterusnya dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 15 November depan.

Dengan penyertaan kira-kira 16,000 peserta, Garmin Run Marathon Series Malaysia 2026 sekali lagi memperlihatkan minat masyarakat terhadap aktiviti larian serta acara kecergasan berskala besar.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved