GB Bond sasar pasaran Vietnam dan kapasiti baharu selepas penyenaraian pada 1 Oktober 2026

Business & Finance
11 Sep 2026 • 4:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

GB Bond sasar pasaran Vietnam dan kapasiti baharu selepas penyenaraian pada 1 Oktober 2026 Image from: GB Bond sasar pasaran Vietnam dan kapasiti baharu selepas penyenaraian pada 1 Oktober 2026 amree11/09/2026 - 16:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 SeptGB Bond Holdings Berhad menyasarkan untuk meluaskan pasaran ke Vietnam bagi menyokong pertumbuhan perniagaan kumpulan dan meningkatkan permintaan semasa.

 

Pengeluar bahan perekat dan pengedap itu merancang menggunakan sebahagian hasil tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM3.50 juta diperuntukkan bagi pelan pengembangan perniagaan ke Vietnam.

 

Menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, langkah itu dilihat penting bagi membolehkannya  mendapatkan pelanggan baharu dalam industri pertukangan kayu, kertas dan pembungkusan di Vietnam.

 

"Syarikat ini turut berhasrat menyewa kilang di samping membeli banyak jentera lagi baharu, dengan memperuntukkan RM5.5 juta selepas penyenaraian di Pasaran ACE pada 1 Oktober 2026," jelas GB Bond.

 

Menerusi IPO pada harga 25 sen sesaham, kumpulan itu menyasarkan kutipan dana kasar RM16.08 juta dengan keseluruhan 412.3 juta saham diperbesarkan syarikat akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

 

Selain itu, sebanyak RM1.18 juta akan digunakan sebagai modal kerja, RM900,000 untuk pembelian peralatan, RM500,000 bagi aktiviti pemasaran, manakala RM4.50 juta kos perbelanjaan penyenaraian.

 

GB Bond_DagangNews2026

 

Dari segi operasi, segmen pembuatan dan jualan perekat serta bahan pengedap kekal menjadi penyumbang utama GB Bond, dengan pendapatan RM14.46 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026.

 

"Segmen itu menyumbang kira-kira 94.10% daripada keseluruhan pendapatan kumpulan, manakala segmen polimer emulsi mencatatkan RM801,000 pada 2QFY26 dan RM1.74 juta bagi tempoh enam bulan," katanya.

 

Pasaran Malaysia pula kekal sebagai penyumbang terbesar dengan menjana hasil RM26.24 juta bagi enam bulan pertama 2026, menunjukkan kebergantungan tinggi kumpulan terhadap pasaran tempatan.

 

Bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026, GB Bond merekodkan pendapatan mencecah RM28.80 juta dan keuntungan bersih kira-kira RM5.19 juta, dengan pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 1.26 sen.

 

Pengurusan GB Bond optimis pelaburan dalam kapasiti pengeluaran, pemasaran dan pengembangan ke Vietnam dapat memperluas asas pelanggan serta menyokong pertumbuhan jangka panjang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved