SLGC peruntukkan RM9.24 juta beli jentera baharu sokong operasi pembinaan

Business & FinanceProperty
11 Sep 2026 • 5:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SLGC peruntukkan RM9.24 juta beli jentera baharu sokong operasi pembinaan Image from: SLGC peruntukkan RM9.24 juta beli jentera baharu sokong operasi pembinaan amree11/09/2026 - 17:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 SeptSLGC Berhad perlu berdepan keperluan memperkukuh kapasiti operasi bagi memenuhi permintaan projek pembinaan yang semakin meningkat, dengan RM9.24 juta daripada hasil terbitan awam permulaan (IPO) bakal digunakan untuk membeli jentera dan peralatan baharu.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, antara peralatan itu ialah acuan aluminium yang dijangka membantu mempercepatkan pelaksanaan projek, sekali gus meningkatkan tahap keupayaan kumpulan mengendalikan projek pembinaan kediaman yang menjadi teras perniagaannya.

 

Selain pengembangan kapasiti, kumpulan turut memperuntukkan RM7.56 juta daripada hasil terbitan IPO untuk membayar balik pinjaman bank, langkah yang dijangka membantu mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan selepas penyenaraian pada 6 Oktober 2026.

 

"Menerusi penyenaraian itu, syarikat menyasarkan kutipan dana kasar RM29.40 juta, dengan RM7.50 juta lagi diperuntukkan sebagai modal kerja am dan RM500,000 untuk menaik taraf perisian pengurusan pembinaan berasaskan awan, Speedbrick," jelas SLGC.

 

Tumpuan pengembangan kapasiti itu selari dengan pergantungan kumpulan berkenaan terhadap segmen pembinaan kediaman yang menyumbang kira-kira 91.27% daripada keseluruhan perolehan syarikat pada tempoh suku kedua berakhir pada 30 Jun 2026 (2QFY26).

 

SLGC_DagangNews2026

 

Segmen berkenaan dipacu kemajuan beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan, termasuk Tuju Residences, Kamelia Residences, Arte Star dan Seduduk D'Kajang.

 

Dalam laporan kewangan interim tidak diaudit yang diserahkan kepada Bursa Malaysia, SLGC merekodkan perolehan RM93.09 juta pada 2QFY26, manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) dan keuntungan selepas cukai (PAT) masing-masing berjumlah RM3.97 juta dan RM3.13 juta.

 

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, kumpulan merekodkan perolehan RM203.12 juta, dengan PBT RM9.17 juta dan PAT RM7.20 juta, manakala EPS asas masing-masing 0.56 sen bagi suku berkenaan dan 1.29 sen bagi tempoh kumulatif.

 

Dengan operasi lebih tertumpu di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, SLGC melihat ruang pertumbuhan dalam pasaran pembinaan tempatan yang diunjurkan mencapai RM101.26 bilion menjelang 2030.

 

"Pihak pengurusan kekal optimis terhadap prospek kumpulan susulan usaha meningkatkan kapasiti operasi, mengukuhkan kedudukan kewangan dan memperluas keupayaan digital bagi menyokong pelaksanaan projek selepas penyenaraian di Pasaran ACE," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved