
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan terdapat beberapa kerjaya yang membuatkan seseorang dapat berjumpa ramai orang dengan pelbagai latar belakang.
Antara pekerjaan yang berpeluang untuk berjumpa dengan orang ramai adalah peniaga, khidmat pelanggan, pramugara dan pramugari, pemandu e-hailing dan ramai lagi.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan mereka dapat mengenali ramai orang daripada individu yang menjadi pelanggan dan sebagainya.
Pemandu wanita tumpangkan pontianak jadian raih perhatian
Baru-baru ini, seorang wanita yang juga pemandu e-hailing di Melaka memuat naik konten menumpangkan seorang pelanggan untuk ke sebuah kawasan pelancongan di Melaka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Santy Meng, awalnya kelihatan pelanggan yang memakai baju persis seperti pontianak itu sedang berdiri di tepi jalan dan menunggu kenderaan yang sudi menumpangkannya.
Apabila Santy berhenti dan bertanya ke manakah dia ingin pergi? Pontianak jadian itu mengatakan dia ingin ke Duta Riang Villa dan secara kebetulan Santy juga ingin ke tempat sama.
Oleh itu dia menumpangkan pontianak tersebut, namun respon pontianak itu apabila memasuki kereta dia mengatakan perkara itu memudahkannya.
Siap tanya ada RM300 atau tak? Sebelum minta pontianak pakai tali pinggang keledar kalau tak nak kena saman
Ini kerana dia tidak perlu terbang untuk ke tempat yang ingin dituju. Dalam satu lagi video yang dikongsikan kelihatan Santy yang memandu bertanya kepada pontianak berkenaan adakah dia mempunyai RM300?
Pontianak itu lalu menjawab tiada, oleh itu Santy memintanya untuk memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan daripada membayar saman.
“Ouh lupa keselamatan diutamakan, hantu tak hantu,” kata pontianak terbabit.
Sebelum itu Santy juga ada mengatakan pontianak terbabit boleh membayar menggunakan QR jika ingin menumpang keretanya.
Apabila sampai di kawasan yang ramai individu, kedengaran Santy turut bergurau dengan orang ramai untuk tidak menegur pontianak berkenaan.
Ia sama seperti pesan orang dahulu kala untuk tidak menegur hantu jika tidak mahu diri diganggu.
Replying to @aidaokaydisini bisnes is bisnes… Byr tetap byr.. Qr pun boleh #driver #3ratus #ikonmelaka #kakponti
Siap sempat bergurau kalau nak bayar nanti duit jadi daun
Malah sebelum pontianak itu keluar dari kereta, dia juga memintanya untuk membuat pembayaran sebelum keluar dari kereta.
“Tapi nanti jadi daun (duit),” katanya sambil ketawa sebelum mengucapkan terima kasih.
Malah turut kedengaran mereka juga sempat saling mengusik antara satu sama lain.
Menerusi semakan kami, kelihatan video tersebut adalah satu konten yang dibuat bersama-sama kerana Santy dan pontianak jadian itu telah berkunjung ke tempat penginapan yang sama.
Hantu tak hantu.. Kalau kene saman aku yg kene.. #kakpontit #ikonmelaka #saman #3ratus #driver @ponti_iconmelaka
Ramai yang geli hati lihat gelagat pontianak
Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat pontianak terbabit.
Malah ada juga yang mengenalinya dan mengatakan kebiasaannya pontianak tersebut sering berada di Jambatan River Cruise di Melaka untuk menghiburkan orang ramai dengan keletahnya.
Tak kurang juga ada yang bergurau dengan mengatakan Santy begitu berani menumpangkan ‘pontianak’.
Ada yang mengatakan pekerjaan wanita itu sudah melampaui alam manusia kerana mengambil pontianak sebagai penumpang kenderaannya.
Terima kasih @dutariangvilla menjemput kami merasai cuti bersama alam semula jadi jauh dr hiruk-pikuk bandar..best sesangat..percutian Mesra alam.
“Dik, ponti ni kerja dekat Jambatan River Cruise Melaka tu ke?”

“Hantu apa ni kak? Kemain awal thumbprint”

“‘Jangan mengilai-ngilai tau.’ Hahahaha sakit perut ketawa”

“Kerja akak ni dah melampaui alam kita, sampai alam sebalik mata pun akak ambil penumpang”

“Bagus akak ni, sauk je dapat kerja”



![Pengguna Jalan Raya Berganding Bahu, Bantu Wanita Bersalin Di Bahu Jalan Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![“Most Of Japanese Didn’t Know” – Influencer Jepun Terkejut, Baru Tahu Negaranya Pernah Jajah Tanah Melayu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)