
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap orang tidak kira lelaki ataupun wanita disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain pemakanan, antara cara yang paling mudah adalah dengan melakukan senaman.
Bukan hanya sekadar jogging atau berjalan 10,000 langkah sehari, senaman seperti squat juga banyak memberi manfaat.
Menariknya, ia bukan hanya untuk membina kekuatan pada anggota badan seperti kaki malah mampu memberi ‘kuasa’ lebih-lebih lagi kepada lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: Umur Lebih Panjang Jika Berjalan 10,000 Langkah Setiap Hari
Bantu Tingkatkan Tenaga & Kesihatan Seksual Lelaki
Baru-baru ini, pengamal perubatan popular, Dr Ahmad Samhan telah berkongsi kebaikan senaman squat untuk kaum Adam.
Menerusi hantaran di akaun X miliknya, dia menjelaskan senaman ini bukan hanya baik untuk anggota badan seperti kaki, peha dan punggung malah bagus untuk tenaga dalaman lelaki.
“Senaman squat, bukan sekadar untuk kaki tetapi juga ‘kuasa bawah’. Ramai fikir squat ini untuk besarkan peha dan punggung je.
“Tapi sebenarnya, ini antara senaman terbaik untuk ‘kuasa lelaki’,” kongsinya.
Jelas Dr Samhan, antara kebaikan dari segi kesihatan seksual buat lelaki adalah seperti:
#1 Naikkan Testosteron
Senaman rintangan seperti squat mampu meningkatkan tahap testosteron yang terdapat dalam badan lelaki.
Memetik Hello Doktor, hormon ini penting untuk penghasilan sperma, kesuburan, libido dan kekuatan otot serta tulang.
“Bila buat squat, otot besar macam peha dan punggung bekerja keras. Badan akan hasilkan lebih banyak hormon testosteron, hormon utama yang kawal tenaga, nafsu dan prestasi lelaki,” jelasnya.
Keadaan ini juga sekali gus mampu meningkatkan libido iaitu keinginan seksual yang secara semulajadi terdapat dalam diri setiap individu.
#2 Membantu Ereksi Lebih Kuat
Kongsi Dr Samhan lagi, senaman seperti squat mampu membantu lelaki untuk mencapai ereksi lebih kuat.
Ini kerana squat membantu meningkatkan aliran darah dari bahagian pinggul dan zakar.
“Bila darah lancar, ereksi menjadi lebih kuat dan tahan lama, walaupun usia dah meningkat,” katanya.
Memetik laman bensnaturalhealth, ada kajian yang menunjukkan squat mampu meningkatkan penghasilan nitrik oksida yang membantu saluran darah untuk berkembang dan melancarkan peredaran darah.
Bukan hanya membantu menguatkan ereksi lelaki, namun juga meningkatkan ransangan seksual wanita.
#3 Mengawal Pancutan
Segelintir lelaki sering mengalami masalah dalam mengawal ejakulasi atau pancutan air mani.
Jelas Dr Samhan, senaman squat mampu membantu untuk menguatkan otot lantai pelvis (pelvic floor) sekaligus membantu individu mengawal otot pancutan.
“Maknanya, anda lebih mudah kawal masa dan elak pancut (ejakulasi) terlalu cepat,” katanya.
Malah, otot lantai pelvis yang kuat juga mampu meningkat sensasi seksual selain mencegah keadaan coital incontinence iaitu masalah terkencing ketika melakukan hubungan seks khususnya bagi wanita.
#4 Bantu Tingkatkan Tenaga & Stamina
Melakukan senaman secara konsisten sememangnya memberi kesan positif kepada individu.
Kongsi Dr Samhan, melakukan squat secara konsisten bukan sahaja membuat individu nampak lebih fit malah membuatkan seseorang itu tidak letih apabila berhubungan intim.
Memetik laman bensnaturalhealth, senaman squat mampu menguatkan kumpulan otot yang besar.
Ia mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan penggunaan oksigen sekaligus memperbaiki daya tahan kardiovaskular.
Ini juga menjadi antara faktor yang membantu meningkatkan stamina dengan menjadikan lelaki menjadi lebih bertenaga ketika berhubungan badan.
[Bonus] #5 Bantu Fleksibiliti & Tingkatkan Keyakinan Dengan Lebih Baik
Bukan itu sahaja, squat boleh membantu seseorang untuk meningkatkan kelenturan sendi pinggul dan lutut yang pastinya memberi manfaat untuk hubungan intim atau dalam bahasa mudahnya melakukan posisi yang pelbagai.
Senaman sihat ini juga meningkatkan keyakinan seksual seseorang itu dengan menjadikan badan lebih kuat serta membuat penampilan fizikal bertambah baik.
Cara Buat Senaman Squat Dengan Mudah
Menerusi perkongsian tersebut, Dr Samhan turut mencadangkan agar individu mula melakukan squat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
“Mula dengan 3 set x 10 squat, 3 kali seminggu. Buat perlahan dan fokus pada pernafasan,” kongsinya lagi.
Memetik laman Hello Doktor, cara mudah melakukan senaman ini adalah:
- Berdiri dengan kaki yang dijarakkan. Pastikan anda letakkan tangan di sisi anda.
- Pastikan dada dan belakang anda berada dalam keadaan tegak.
- Perlahan-lahan, salurkan berat badan anda kepada buku lali dan bengkokkan lutut anda.
- Tekan bahagian tumit untuk berdiri.
- Kemudian, ulang senaman yang sama beberapa kali.
Senaman Squat, Bukan Sekadar Untuk Kaki, Tapi Juga ‘Kuasa Bawah’ 🏋️♂️🔥
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) August 12, 2025
Ramai fikir squat ni untuk besarkan peha & punggung je.
Tapi sebenarnya… ini antara senaman terbaik untuk ‘kuasa lelaki’.
🧵 Baca sampai habis. pic.twitter.com/8xXxPthYV4
Baca Artikel Berkaitan: Degupan Jantung Terlalu Laju? Doktor Kongsi Cara Rendahkan Heart Rate Semasa Berlari
Baca Artikel Berkaitan: Sedang Ikhtiar Hamil? Ini Tips Kesuburan Yang Perlu Diketahui Para Lelaki
Source:


![Gelagat Akak E-hailing Tumpangkan Pontianak Jadian Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Ramai Sebak Lihat Cikgu Sanggup Guna Kanvas Untuk Payung Anak Murid Dari Kena Hujan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
