Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi satu kewajipan untuk setiap pelajar dan ibu bapa untuk memberikan surat tunjuk sebab sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Ini kerana ia merupakan rekod kehadiran buat guru mengenai pelajar mereka.
Gelagat pelajar tahun 1 hantar surat tunjuk sebab tak hadir sekolah raih perhatian
Baru-baru ini seorang cikgu telah berkongsi gelagat anak muridnya yang mencuit hati ramai apabila menghantar surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Khairrunisa di Threads, pelajar perempuan Tahun 1 dikenali sebagai Sara Hannah itu menulis sendiri surat berkenaan kepadanya.
Dalam surat tersebut, pelajar itu memaklumkan dia tidak akan hadir ke sekolah pada 17 November kerana perlu mengikut ibu dan ayahnya.
Surat tersebut dipercayai dihantar kepada guru KAFA, Ustazah Khairrunisa pada 16 November yang lalu.
Maklum pada guru, dia dan kakak tak hadir sehingga 20 November sebab pergi Cameron Highlands
Dalam surat sama kanak-kanak itu turut memaklumkan selain dia, kakaknya juga tidak hadir ke sekolah dari 17 hingga 20 November.
Malah dia turut memaklumkan kepada guru berkenaan mungkin akan ke Indonesia pada bulan Disember kelak.
Pergi ‘outstation’
“Ustazah, esok saya tak datang sekolah sebab saya ikut mak dan ayah saya. Saya pergi ‘outstation’, tapi bukan luar negara. Saya pergi Pahang (Cameron Highlands) kakak saya juga ikut jadi saya dengan kakak tak ada esok (17 November) sampai Jumaat (20 November).
“Saya balik Sabtu (21 November). Jadi Isnin (23 November) minggu depan saya datang balik. Nanti Disember saya pergi Indonesia, pergi Kalimantan kot?” tulisnya dalam surat berkenaan.

View on Threads
Ramai terhibur dan sifatkan pelajar tahun satu itu comel
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat pelajar perempuan itu malah ada yang menyifatkan dia comel.
Tak kurang juga ada yang menyifatkan pelajar itu begitu jujur untuk memaklumkannya bercuti.
Bukan hanya itu, ada juga mengatakan Khairrunisa perlu membalas surat berkenaan kerana ia menunjukkan seperti pelajar berkenaan seperti mahu berbual lagi melalui surat.
Selain itu, ada juga memaklumkan kepada Khairrunisa perancangan kanak-kanak berkenaan ke Indonesia adalah masih belum pasti kerana terdapat tanda soal dan perkataan ‘kot’.
Ada juga ibu yang berkongsi gelagat anaknya yang turut menulis dan menghantar surat sendiri kepada guru mereka untuk menyatakan sebab tak hadir ke sekolah.
“Amboi jujur nak pergi holiday sakan dia. Tak nak pergi cuti sekolah sebab tak mahu hadap jem lah tu”

“Rasanya ustazah kena balas surat tu, sebab ayat akhir dia macam nak ajak sembang”

“Yang penting hari dan tarikh dekat atas tu dia tulis”

“Amboi dah ada plan sampai ke Indonesia”







