Gelagat Sambutan Merdeka: Orang Ramai Bantu ‘Angkat’ Kereta, Bagi Laluan Untuk Kereta Kebal ATM

Entertainment
2 Sep 2023 • 2:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kehangatan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya masih belum berakhir. Dengan kehadiran rakyat Malaysia yang menyambutnya disana, kita dihidangkan dengan pelbagai video gelagat mereka di media sosial.

Ada satu video pendek yang mendapat perhatian netizen dimana orang ramai saling membantu mengalihkan kenderaan dengan mengangkatnya secara beramai-ramai bagi memberi laluan kepada kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Korang boleh tengok video gelagat sambutan merdeka oleh @AkeemSharyzal dibawah.

 

Angkat ramai-ramai

Begitulah rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, bila melibatkan semangat saling membantu, masing-masing mencurahkan bakti yang ada. Dalam kes ni, ramai-ramai tolong angkat kereta untuk bagi laluan kepada kereta kebal ATM.

image is not availableItu lah, min tengok orang ramai angkat kereta tu macam alih moto je. Cuma kalau moto sorang je yang angkat dah settle. Ini sebab kereta, memang kena buat ramai-ramai lah.

image is not availableMin pun risau kalau jadi macam cerita Mr. Bean tu. Tak pasal-pasal nanti kereta kena lenyek. Nasib baik ada ramai orang boleh tolong untuk angkat kereta tu kan.

image is not availableOwner kereta tu mesti pelik. Tadi awal-awal sampai parking macam makan jalan. Ini nak balik tengok-tengok kereta dah ada atas bahu jalan. Yang penting kereta selamat tak kena lenyek dengan kereta kebal.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.