Gelagat Syed Saddiq Tarik Kotak Ketika Hos Nak Bantu Bella Astillah Undang Perhatian, Netizen Usik – “Tu Namanya Cemburu YB”

13 Nov 2026 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Gelagat Syed Saddiq Tarik Kotak Ketika Hos Nak Bantu Bella Astillah Undang Perhatian, Netizen Usik – “Tu Namanya Cemburu YB”

Gelagat pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah ketika melakukan siaran langsung 11.11 Mega Stock Live Concert mencuri perhatian netizen.Menerusi rakaman yang tular, tindakan Syed Saddiq menarik kotak ketika seorang pengacara lelaki mahu membantu menutup kepala Bella mengundang usikan pengguna media sosial.Ada yang berseloroh menyifatkan gelagat tersebut sebagai tanda cemburu, selain mendakwa pasangan itu sama-sama mempunyai sifat berkenaan.“Maaflah, YB Syed Saddiq. Di sini dah nampak siapa yang kuat cemburu juga. Macam sama-sama sahaja kuat cemburu itu.“Sebab nampak jelas YB main tarik-tarik kotak dengan hos lelaki masa hos itu nak tolong tutup kepala Bella,” komen seorang pengguna.Seorang lagi netizen turut mengusik tindakan Syed Saddiq yang kelihatan bersungguh-sungguh menarik kotak tersebut.“Hehe, betullah. Kenapa bersungguh YB tarik kotak itu? Padahal boleh sahaja pegang sama-sama sebab lelaki itu yang mulakan tutup dulu. Itu namanya cemburulah, YB,” tulisnya.Malah, ada yang berseloroh bahawa Syed Saddiq mahu menjadi satu-satunya individu yang melayani Bella seperti seorang ratu."Menggigil tangan, weh, tarik kertas itu dengan muka tak boleh sorok perasaan. Hahaha! Yalah, YB nak YB seorang sahaja boleh meratukan Bella,” komen pengguna lain.Bagaimanapun, tanggapan mengenai sifat cemburu itu merupakan usikan netizen berdasarkan gelagat pasangan tersebut dalam rakaman berkenaan.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved