Gelas itu tersangkut. Dicuba keluarkan sendiri, pecah pula di dalam.
Seorang lelaki berusia 55 tahun datang ke Jabatan Kecemasan selepas mengalami pendarahan dan rasa penuh di bahagian dubur.
Sehari sebelumnya, dia memasukkan gelas melalui dubur untuk rangsangan seksual. Apabila gelas tidak dapat dikeluarkan, dia mencuba beberapa kali sendiri sehingga gelas itu pecah.
Pemeriksaan sinar-X menunjukkan objek kira-kira 7 sentimeter di kawasan pelvis. Doktor kemudian mengeluarkan gelas yang pecah itu melalui dubur di dewan bedah, menggunakan bius spinal.
Terdapat beberapa luka pada lapisan dalam rektum. Mujur, kecederaan tidak menembusi keseluruhan dinding usus.
Pesakit dibenarkan pulang pada hari kelima selepas prosedur. Pemeriksaan dua bulan kemudian menunjukkan luka sembuh sepenuhnya.
Pengajarannya jelas. Jika objek tersangkut dalam dubur, jangan paksa tarik atau masukkan alat lain untuk mengoreknya. Percubaan sendiri boleh menambahkan kecederaan, lebih-lebih lagi jika objek mudah pecah.
Dapatkan rawatan segera dan beritahu petugas apa yang berlaku.
Jangan tunggu sampai berdarah baru minta bantuan. Doktor perlukan cerita yang benar untuk merawat dengan selamat.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





![[VIDEO] Cemas tayar treler tercabut, bergolek terbakar atas lebuh raya](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-23-at-3.10.11-PM-1024x585.jpeg)