Pemandu lori didakwa cekik, tampar isteri direman

LocalFamily & Parenting
23 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu lori didakwa cekik, tampar isteri direman

KANGAR – Seorang pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan kes mencederakan isterinya dalam kejadian di Simpang Empat, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, proses reman ke atas suspek berusia 56 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam, 15 September lalu selepas suspek dan isteri berusia 49 tahun berselisih faham di rumah mereka. Suspek dipercayai menampar pipi mangsa, menolak badannya sehingga terjatuh di atas sofa serta cuba mencekik leher wanita itu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut dileraikan anak perempuan pasangan terbabit selepas terdengar bunyi bising dari ruang tamu.

“Mangsa mendakwa perselisihan faham dan kejadian seumpama itu berlaku sejak hampir dua tahun lalu. Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian perut mangsa sebelum dia mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” ujarnya.

Katanya lagi, suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu lori didakwa cekik, tampar isteri direman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved