Gembiralah dengan kejayaan orang lain, kalau tidak suka, lebih baik diam – Haqiem Rusli

LocalEntertainment
17 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gembiralah dengan kejayaan orang lain, kalau tidak suka, lebih baik diam – Haqiem Rusli

PETALING JAYA: Penyanyi, Haqiem Rusli meluahkan rasa kesal melihat segelintir penggiat seni muzik tanah air semakin terbiasa menormalisasikan sikap saling menjatuhkan antara satu sama lain.

Menurut Haqiem, suatu ketika dahulu industri hiburan tanah air mampu kekal harmoni apabila setiap penggiat seni saling menyokong tanpa perlu membandingkan mahupun merendah-rendahkan bakat yang dimiliki.

“Sepatutnya berada di dalam industri muzik tanah air yang sama saling menyokong antara satu sama lain.
Akan tetapi berbeza sekarang dan makin parah, sedih,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Sangkar Derita itu turut memohon agar setiap penggiat seni bersikap profesional, malah berhenti menyebarkan kebencian antara satu sama lain demi mengekalkan keharmonian dalam dunia hiburan.

“Bergembiralah dengan kejayaan orang lain. Jika kamu tidak menyukainya, lebih baik berdiam diri dan teruskan sahaja kehidupan,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut, malah ramai yang bersetuju dengan kenyataan spontan penyanyi itu yang cuba mempertahankan imej industri muzik dari sebarang negativiti.

“Masalahnya tidak menang pun dikutuk. Kalau menang lagilah dimaki. Sedihnya tengok. Tuan badan bagaimanalah agaknya perasaannya. Mesti kemurungan,” komen netizen.

“Setuju. Sesetengah komen pun melampau sampai menghina. Langsung tidak fikir akibat dari menulis. Sedih,” kata seorang pemilik akaun.

“Setuju sangat. Muat naik sesuatu yang menjatuhkan artis lain secara terbuka untuk netizen kesan dan mencipta situasi negatif yang tidak muhasabah. Jika kamu tidak suka akan kejayaan orang lain, kamau tidak perlu meraikannya, malah jangan menjatuhkannya. Kadangkala, diam adalah pilihan yang paling wajar,” komen netizen.

Sejak program berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) melabuhkan tirai pada Sabtu lalu, pelbagai ulasan dan reaksi pengguna media sosial termasuk golongan artis meraih perhatian ramai.

Namun, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir artis tanpa segan menjatuhkan dan mempersoalkan kemenangan penyanyi-penyanyi yang bertanding pada malam itu.

The post Gembiralah dengan kejayaan orang lain, kalau tidak suka, lebih baik diam – Haqiem Rusli appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved