Gemini Live Dengan Ciri Kamera Kini Boleh Digunakan Siri Pixel 9 dan S25 – Sokong Bahasa Malaysia

TechnologyDigital
8 Apr 2025 • 10:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini Live dengan sokongan kamera masa nyata kini diaktifkan pada peranti siri Google Pixel 9 dan Samsung Galaxy S25 di seluruh dunia. Menerusi ciri ini Gemini Live menerima butang baharu untuk mengaktifkan komputer. Jika ditekan, Gemini boleh memahami apa yang sedang dilihat. Ciri ini telah diperlihatkan sebelum ini sebagai Project Astra.

Saya telah menerima ciri ini pada Pixel 9 Pro XL dan Galaxy S25 Ultra sebentar tadi. Gemini Live menyokong 45 bahasa dah berita baik di. sini ialah terdapat sokongan untuk Bahasa Malaysia. Walaupun disokong dan Gemini memahami apa yang saya tuturkan. Ia juga secara rawak akan mula bercakap dalam Bahasa Indonesia tanpa disuruh.

image is not available

Selain itu ketepatan maklumat yang diberikan juga diragui dengan Gemini bertegas sebuah Galaxy A56 di dalam tangan saya ialah sebuah Galaxy A06. Gemini Live turut boleh memahami artikel yang ditulis di Amanz dalam Bahasa Malaysia serta memberikan maklumat lebih terperinci yang tidak disertakan dalam artikel asal.

Untuk menggunakan Gemini Live dengan sokongan kamera, anda memerlukan langganan Gemini Advanced dan mengemaskini aplikasi Gemini dan Google di peranti anda pagi ini. Pembeli siri Pixel 9 dan Galaxy 25 kesemuanya menerima langganan percuma Gemini Live selama beberapa bulan. Maka jika anda memiliki peranti-peranti ini sila gunakan ciri ini sebelum tempoh langganan luput.